Makanan Tradisional di Malaysia
1.Sate Sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun.Terdapat pelbagai jenis sate di Malaysia iaitu sate daging, sate ayam, sate perut dan sate kambing. Ia merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran.Sate ini juga enak dimakan bersama nasi himpit yang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi. Ia juga sering dijadikan hidangan ringan pada waktu malam dan sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan. 2.Apam Balik Apam Balik merupakan sejenis penkek leper yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua sekitar Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana sahaja Bahan yang digunakan untuk membuat apam balik terdiri dari adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Ia mempunyai inti seperti...